Sumthing Happen For A Reason

September 20th, 2006 by hasniezawati

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling
penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang
aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi
kita sebagai manusia, jadi aku jawab, “Telinga, Bu.”
Jawab Ibuku, “Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah
memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti.”

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak
jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi,
kali ini aku mengatakan, “Bu, penglihatan sangat penting bagi
semua orang, jadi pastilah mata kita.”

Dia memandangku dan berkata, “Kamu belajar dengan cepat, tapi
jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta.”

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari
tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan
jawapannya selalu, “Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke
tahun, anakku.”

Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih.
Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana
itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku
memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat
tinggal pada datok.

Dia bertanya padaku, “Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh
yang paling penting, sayang?”

Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering
berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu,
“Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu
sudah benar-benar “hidup”. Untuk semua bahagian tubuh yang kamu
beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah
memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu
harus belajar pelajaran yang sangat penting.”

Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh
dengan airmata. Dia berkata, “Sayangku, bahagian tubuh yang paling
penting adalah bahumu.”

Aku bertanya, “Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?”
Ibu membalas, “Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala
seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.

Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk
menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan
teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila-
bila pun kamu memerlukannya.”

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak
menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati
terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.
Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.
Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.
Just because the past is painful, Doesn’t mean the future will be. So never let events from the past,
Change the events for future, or You will be miserable forever…

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya… Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa…

Suratan atau Kebetulan…

August 23rd, 2006 by hasniezawati

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

( korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

( korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

kenangan terindah..

August 21st, 2006 by hasniezawati

Aku yang lemah tanpamu

Aku yang rentan karena

Cinta yang tlah hilang darimu

Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka

Sampai jantung tak berdetak

Selama itu pun

Aku mampu tuk mengenangmu Darimu…

Kutemukan hidupku Bagiku…

Kau lah cinta sejati Ooh…

Bila yang tertulis untukku

Adalah yang terbaik untukmu

Kan kujadikan kau kenangan

Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku

Meninggalkan jejak hidupku

Yang tlah terukir abadi

Sebagai kenangan yang terindah

“Bintang Timurku”..

August 20th, 2006 by hasniezawati
ISTERI MERUPAKAN AMANAT ALLAH YANG HARUS KITA PELIHARA & KITA DIDIK. JALAN YANG DIIKUT LURUS JIKA LURUS TUNJUKNYA … OLEH ITU BERSABARLAH WAHAI SUAMI-SUAMI … DALAM MEMBERIKAN TUNJUK AJAR & BIMBINGAN, JANGAN KITA ALPA & EGO.
JANGAN MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN KERANA TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA MELAINKAN ALLAH YANG MAHA ESA.

YA ALLAH SEMOGA ORG NI MENDAPAT KEBAHAGIAN YG SEPATUTNYE DI DUNIA DAN AKHIRAT SUPAYA RAMAI LAGI UMAT KITA YG DAPAT DIBENTUK SEPERTI INI YE…
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke ‘Mahkota Medical Centre’, dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata…. isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.
Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.
Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
‘Kasyaful Mahjub’. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkannya.
Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.
Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.
Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.
Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah’mama’nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah ‘bintang timur’
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul
‘bintang timur kecil’ dalam hidup saya.

Surat Berpoligami…

August 10th, 2006 by hasniezawati

Suami bin Lelaki

> 17, Jalan Angkasa,

> 24300, Kemaman

> Terengganu.

>

> To :

> Isteri binti Perempuan

> 17, Jalan Angkasa

> 24300, Kemaman

> Terengganu.

>

> 31 Ogos 2006 Ref No: IGH/12/8/2006

>

> Puan,

>

> PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

>

> Perkara di atas adalah di rujuk.

>

> 2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin

> melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini

> kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3

> kekosongan, eloklah

> jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu

> kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang

> merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau

> tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama

> kita

> di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di

> isi di

> masa akan datang.

>

> 3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama

> saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis,

> terpaksalah saya

> tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk

> mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan

> kesemua

> duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang

> telah

> hilang selama ini.

>

> 4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia

> menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini

> hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat

> menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah

> besar. Kereta besar, rumah

> besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti

> gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat

> kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

>

> 5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan

> ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki

> sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di

> perkenalkan iaitu 1 hari

> kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan

> ditampung

> oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat

> yang

> bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan

> memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus

> kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

>

> 6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan

> terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan

> permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi

> kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya

> ini di balas dengan senyuman

> penuh keikhlasan dari pihak puan dan kedatangan puan di atas kertas yang

> saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan

> senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk

> melakukannya.

>

> 7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah

> senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi

> kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang

> sama dengan masa kini.

> Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang

> lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi

> kali

> ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh

> saya

> sepenuhnya.

>

> 8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat

> mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat

> melaksanakan program ini dengan jayanya.

>

> Sekian, Terima Kasih.

>

> "BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

>

>

> Yang Ikhlas Memohon,

> Suami bin Lelaki

>

> Nota :

>

> En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan

> Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana?

> Guna pisau

> boleh bang..?". Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia

> didraf

> ini kepada isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat

> pengirim

> dan penerima. Kalau anda berani cubalah…. ahaks!

AKU BUKAN UNTUKMU

August 10th, 2006 by hasniezawati

Dahulu kau mencintaiku

Dahulu kau menginginkanku

Meskipun tak pernah ada jawabku

Tak berniat kau tinggalkan aku

Sekarang kau pergi menjauh

Sekarang kau tinggalkan aku

Disaat ku mulai mengharapkanmu

Dan kumohon maafkan aku

Aku menyesal tlah membuatmu menangis

Dan biarkan memilih yang lain

Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu

Pasti itu terbaik untukmu

Janganlah lagi kau mengingatku kembali

Aku bukanlah untukmu

Meski ku memohon dan meminta hatimu

Jangan pernah tinggalkan dirinya

Untuk diriku

Sekarang kau pergi menjauh

Sekarang kau tinggalkan aku

Disaat ku mulai mengharapkanmu

Dan kumohon maafkan aku

Aku menyesal tlah membuatmu menangis

Dan biarkan memilih yang lain

Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu

Pasti itu terbaik untukmu

Janganlah lagi kau mengingatku kembali

Aku bukanlah untukmu

Meski ku memohon dan meminta hatimu

Jangan pernah tinggalkan dirinya

Meski ku memohon dan meminta hatimu

Jangan pernah tinggalkan dirinya

Untuk diriku

Realiti Kehidupan

August 7th, 2006 by hasniezawati

Kepada yang masih SINGLE…

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, Tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN…

Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…

Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI…

Sakit… luka…hancur.. patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA…

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa2. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar2 dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI…

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI…

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila Orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI…

Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan..

Am I Independent?

July 29th, 2006 by hasniezawati

Gosh!! To be independent or not to be..one of my big dreams..Before this, aku bergantung sgt kt family..esp to my father..dari kecik smpi la ni dh besaq pnjg, ssh giler nk b’dikari..dulu masa secondary school..even dok kt asrama pun..ayah msti dtg singgah..ya la..x jauh pun kt kl je..call je n pesan nak ape..ptg tu msti ayah dtg bwk ape yg aku pesan..tau tak aku pesan ape..majalah mangga..hahahah..

then nk apply mrsm pun ayah yg pi ssh2 beli borg..isikan borg n anta..bila dh dpt aku pulak yg ssh hati xnk pi..erm, nasib baik dpt sama ngn rosni..n teringat kt apa yg ayah dh buat ssh2 utk aku..so, x baik hampakn hrpn dia..dlm keterpaksaan..aku pi jgk..wp x jauh mana kt melaka je..kt sana pun, spnjg aku blaja..sekali je aku kena blk sndiri naik bas..tu pun ayah siap anta smpi masuk dlm bas..takut sgt aku xleh blk sndiri..erm, dh tu slalu dtg lawat..

smpila aku masuk matrik..dia jgk yg ssh2 uruskan..stp kali blk msti berantar punye..erm, mmg mnja kut aku nih..teringat masa amik spm..1st day paper bm, aku bole call ayah n nangis2 sbb xbole jwb..paper add maths..mmg dah rasa failed je masa jwb soklan tuh..n percaya tak masa umur 16 thn, yg aku ni x familliar nk naik bas kt umah sbb mmg jrg giler aku nk merayap2 nih..smpaikan ayah msti tanya..tau ke nk gi cmne?..bole ke?..dia risau sgt..n dia sanggup ssh2 pi anta n amik..n ayah x penah lupa utk celebrate birthday aku..even adik2 yg lain pun x dpt perhatian mcm mana yg aku dpt..dpt hadiah kamera..handphone..komputer..dan aku tau family aku x la senang sgt..sederhana je..dan ayah sanggup beli semua tu utk aku..

after a long years..br aku realized sumthing..ayah lebihkan aku rupa2nya..sbbnya, actually aku ada abang tp mak keguguran..ayah sedih sgt masa tu..then, bila aku lahir, ayah mmg sayang gila..dan dia yg ssh2 jaga aku masa aku baby..

bila masuk ukm..2nd year..br la aku cuba nk b’dikari sndiri..sb baru terfikir..i’m the eldest..n ada adik2 lg kt bwh yg perlukan perhatian ayah..esp mamat n anja..so why not if i try to stand on my own feet? sejak tu, aku dh cuba nk rasa ssh sndiri..cuba manage life n duit sndiri..bila rasa ssh pun aku akan cuba settle sndiri..n cuba xnk ckp kat dia..sbb aku rasa aku dh cukup besar utk hadapi semua ni..aku xnak lg dibayangi bayang2 ayah..sbb aku ada byg2 aku sndiri.. :p

even masa aku abih grad, ssh2 nk carik keje..ayah lah yg ssh2 pi anta aku interview..sama2 tolong aku..n dia yg bg duit blanja..kadang2 masa dh keje pun dia gak yg bagi duit..segan sungguh rasanya..

skrg nih, aku dok umah sewa..setelah sekian lama aku pendam hasrat hati..ni pun masa mula2 aku kuar umah..ayah n mak xde kt umah..dorg g family day kt pd..then aku amik kesempatan, lari dr umah..adakah aku anak derhaka? erm,sikit2 kut..tp aku dh bgtau mak sblm tuh cuma ayah je xtau..sbb aku tau kalu ckp kt ayah confirm dia x bg n menentang abis-abisan n akan keluarlah segala ceramah2 dia tuh..berleter kalah mak aku..tu yg aku x sanggup dengar..

tp x jauh mana pun aku lari..10 minit drive je dr umah :p bila2 masa parents aku leh dtg..

tp aku mmg anak yg baik tau..aku mmg x buat jht pun..setakat ni mmg aku jaga sgt2 maruah ayah n family..aku ikut ckp ayah..xbuat bnda2 senonoh..bila ayah mrh n b’leter aku diam je thn telinga..kwn2 aku pun mmg dia kenal sgt2..p blaja smpi dpt ijazah..semua tu aku buat utk hepikan hati ayah..

dr mula2 dulu keje kt shah alam..penat ulang-alik naik bas, naik komuter n naik teksi..aku minta izin dok umah sewa dia x bg.katanya,"org2 xde family je dok menyewa.."sbb dia, aku nekad beli keta..senang nk p keje..ssh2 nak bayar pun..xpela..masa muda2 ni la kena ssh..

dan aku bangga sbb duit beli keta, duit aku sendiri..ayah cuma uruskan je..

bila dh dok sndiri..baru aku tau n faham..sshnye hidup b’dikari..byk bnda nk kena pk..duit sewa umah..duit bil api, air..astro..duit mkn..minyak..mcm2 la..dh la masa aku lari tu cuma bwk kain baju je..almari…tilam..kipas..sumer tu xde..n mmg kena budget gila nk beli brg..sedihnya masa tu..nasib baik dpt housemate yg baik n memahami..depa byk tolong aku..so, skrg skit2 aku tgh merangkak beli brg2..pasni dh stabil br leh b’jalan n b’lari..bak kata org..ssh2 dahulu, sng2 kemudian..

baru2 nih..road tax keta aku mati..guess what?? erm, ayah jugak yg uruskan..sbb aku xtau nk buat..duit pun x cukup..utang kt pakcik aku sbb dia uruskan insurans..eheh..malu je..nasib baik dpt pakcik sporting..tp psni kena la bayar balik :p

erm, keta nk kena servis nih..sblm nih mmg ayah yg buat semua..skrg aku tgh pk la ni nk servis ktne..nk servis cmne..tu la dlu xnk ikut ayah pi servis kt kedai..ni pun degil nk buat sndiri..tgh pk la ni cmne nk settlekan..

2 hari lps balik umah..spttnye aku yg bwk buah tgn..tp mak lak yg bg buah tgn kt aku..amik le biskut2 tu..buah2 tu..xnak ke..kata emak..ayah siap beli durian lg..

stp kali blk umah, msti aku angkut brg2 kt umah tu..towel la..tisu la..mls nk beli sndiri..m’bazir :p

ayah…percayalah..along bkn anak manja ayah lagi..i’m a big gurl now..tp along akan tetap jd anak ayah kan..smpi bila2..along tetap syg ayah..

hmm..moral of the story..am i independent? not yet..i guess..

BILA RINDU..

July 26th, 2006 by hasniezawati

dikeheningan malam,
termenungku berseorang
tak lena mata dipejam
terdengar suara terngiang
suara merdu yg di sayang
bagai kau didepan mata
ku capai tapi tak kenal
sukarnya memendam rasa
ingin ku luahkan kata

bila rindu,terkenang mu siang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu,sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi segala hati ini

jauh angan ku lena,ku rasa kita bersama,kau bawaku ke sana
ke alam kisah yg lama,kenangan di dlm jiwa..
bila tersedar semula,disisiku kau tiada
sukarnya ku pendam rasa,ingin ku luahkan semua ooooouuu

bila rindu,terkenang mu siang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu,sentuhan mu ku terasa sayu
inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi segala hati ini

sesunguhnya kita mestilah
wujudkan sefahaman dan hormatmu
hormati,ikhlas,kasih,
——————-
makin tak ada,bertemu semula

awan yg mencas semesta
menyampaikan pesan kesunyian kanda sendiri
kesepian yg menyelubungi hari hari ku
disajikan doa2 ku kerana rindu
yg menanti kau dtg dan pergi seperti mimpi2 ku,fantasiku,
bukan dongeng lagi sayup kedengaran
disisi cuping,disetiap corong,lorong,yg lohong
benar!ku tak bohong,bila hati menyanyi..

bila rindu,terkenang mu siang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
ooohhohhoo
aku merindu,sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwa selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi batas

oh bila rindu,terkenang mu sayang.,ku terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu,sentuhan mu ku rasa sayu
(ku rindukan sentuhanmu)inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini

wanita akalnya senipis rambut…

July 25th, 2006 by hasniezawati

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah…sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan…
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…
Bahkan akan semakin membengkok…
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…

Bila wanita menjadi derhaka…pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata…
Tapi binalah kepimpinan…
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya…
Jinakkan diri kepada allah…
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu…
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah