Archive for September, 2006

Berfikir Sebelum…

Sunday, September 24th, 2006

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini? LELAKI: Kamu!!! WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa? LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya… Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing". Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA. Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas. LELAKI: Apa khabar? WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang? LELAKI: Belum. WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal…" Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan. …. Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat… Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati… Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Kasih Sayang Tanpa Syarat

Saturday, September 23rd, 2006

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah
(untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa’ 17: 24)

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".

Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor.  Entah kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk 14 tahun
meninggalkan kami. Ya, saya rindukannya, terutamanya ketika hidup saya diasak dengan pelbagai cabaran, dan saya rindukan tangan ayahanda yang sering menepuk bahu agar masalah saya mengecil dan pergi oleh senyumannya.

Apakah saya terharu kerana saya rindukan bonda di kampung. Kampung yang sunyi, bersama teman-teman berbualnya yang pulang ke pangkuan Ilahi, seorang demi seorang. Bonda memang kesepian, hanya panggilan telefon dari anak-anaknya sahajalah pengubat sunyi
itu. Mujurlah bonda kuat membaca. Majalah I saya hantarkan setiap bulan, kulit ke kulit habis dibacanya. Tazkirah Untuk Orang Mengaji oleh Ustaz Sonharji, saya belikan dan cepat sekali bonda menghadamnya. Kata bonda, "jika sunyi dan tak buat apa-apa, kenalah baca buku. Kalau dibiarkan otak beku, nanti datang jemu dan nyanyuk, jadi pelupa dan kemudian susahlah anak-anak nak melayan orang tua yang
begitu."

Saya memang rindukan bonda. Bonda saya juga rindukan suaminya. Jika diselak langsir dapur, sayup-sayup kelihatan sepasang nisan makam ayahanda di tepi masjid sebelah rumah. Bonda sering termenung di tingkap itu, merenung kisah silam mereka, dan kenangan manis
membesarkan kami berlima. Arwah nenda pernah berkata, "aku hairan tengok kamu berlima ni. Dari kecil sampai besar, tak pernah bergaduh. Walhal hero-hero belaka!" Saya juga terkenang, memang kami berlima hero-hero belaka. Semua adik beradik saya lelaki tetapi kami
memang tidak pernah bergaduh.

Mungkin semua itu kerana watak ayah. Dia menjadi tumpuan kami dan kami sentiasa bergelak ketawa hingga ke meja makan. Kami tiada masa untuk bergaduh kerana semua ketawa dan sedih kami adalah bersama ayah. Namun selepas ayahanda pergi mengejut oleh serangan jantung, keluarga kami sunyi hilang ketawa. Sepi..

Kucing-kucing belaan kami yang suka menjilat peluh ayah semasa dia sakit terlantar, turut mati seekor demi seekor. Begitulah kami di rumah, tertumpu pada ayah. Kini ibu saya pula melayan sepi dan sunyi itu sendirian. Saya sangka, saya sukar menemankan bonda
kerana saya terhumban di hujung benua. Selepas lebih sedekad saya di luar negara, saya segera pulang ke kampung halaman. Namun selepas bekerja di KL, rupa-rupanya keadaan tidak banyak berubah. Saya masih sukar untuk balik ke kampung, akibat Kuala Lumpur dan
kehidupan saya yang amat menekan masa.

Saya jatuh rindu dan saya mohon ampun dari Allah atas dosa saya membiarkan bonda kesunyian di kampung.  Tetapi tengah hari tadi, saya tidak hiba kerana itu. Ada sesuatu yang lebih halus darinya. Mungkin sebentar tadi, buat kali pertamanya saya dapat merasakan apakah
sebenarnya yang saya minta dari Allah, Tuhan yang telah memberikan seorang ibu dan bapa yang pengasih kepada saya.

Mengapakah apabila saya merintih keampunan dari Allah, saya kaitkan ia dengan kasih sayang bonda dan ayah semasa saya kecil?

Hari ini saya berusaha memikirkan jawapannya.  "Rizal minta maaf emak sebab susah sangat nak balik ke Ipoh. Kerja tak habis-habis. Lagi pun ada masanya Rizal cuti, tapi Muna pula yang kerja. Saif selalu menyebut tentang opahnya. Naurah pun dah makin besar. Dan pandai mengajuk cakap", keluhan saya kepada bonda beberapa ketika yang lalu.

"Tak apa, mak pun minta maaf sebab jarang dapat ke Kuala Lumpur. Kaki mak ni asyik sakit, kepala pun berat. Tak seronok nak berjalan-jalan kalau begini. Datang rumah kamu pun nanti menyusahkan sahaja. Asalkan kamu ingat emak dalam doa, Alhamdulillah",
itulah suara dari hati bonda.

Semasa berdoa tadi baru saya sedar, ibu saya amat pemaaf. Dia memaafkan saya dan adik beradik yang lain tanpa menyoal apa-apa. Paling menyerlah, pemaaf bonda semasa saya kecil…

Saya pernah teringin untuk minum air sirap ros, tetapi patinya sudah habis. Semasa bonda sibuk menanda buku latihan anak-anak muridnya, saya ke dapur dan cuba memasak gula di dalam periuk. Secawan gula dicampur dengan pewarna merah, dimasak di atas api. Saya baru
darjah tiga dan tidak terfikir untuk menambah air. Akhirnya gula hangus dan beku, periuk berkerak dan hampir mustahil untuk dibersihkan. Kerana takut, saya simpan periuk itu di dalam kabinet dapur. Seminggu masa berlalu, apabila bonda terjumpa periuk itu, dia
tahu itu angkara saya. Dia tidak marah tetapi mencebikkan muka kesedihan.

"Emak tak marah?", saya cuba memberanikan diri bertanya.
"Emak tak marah kamu cuba masak gula ni. Tapi emak sedih sebab kamu sorok periuk ni dalam kabinet", itulah katanya.
Saya menangis kerana terasa bersalah cuba menipu bonda dan dia dengan segera memujuk.  Saya pernah cuba membasuh kain sendiri, tetapi kerana lupa memasukkan getah ke bilik air, habis seluruh dapur banjir ditenggelami air sabun. Bonda tidak marah.

Saya juga pernah berayun di buaian sambil berdiri walaupun ditegah. Apabila buaian terlalu laju, saya tercampak dan muka tersembam ke pasu bunga. Sampai ke hari ini saya masih dapat merasa tuam pasir panas di pipi yang sudah kebiru-biruan. Bonda tidak marah.

Ayahanda juga tiada bezanya. Dia tidak pernah memaksa saya membaca buku tetapi jika gagal mendapat tempat pertama, dia menepuk bahu saya sambil berkata, "nanti mainlah lagi ya. Jangan baca buku."

Dia tidak marah tetapi saya sendiri yang rasa terseksa dan bersalah.  Saya pernah bergaduh dengan Pengetua di sekolah. "Maaf
ustaz, kalau begitulah cakap ustaz, saya pun ‘tak hingin’ nak sekolah di sini!", jiwa anak muda di Tingkatan 4 memberontak. Saya pulang ke asrama, mengemas beg baju dan langsung meninggalkan Negeri Sembilan untuk pulang ke kampung tanpa berfikir panjang.

Saya tiba di Ipoh selewat jam 11 malam. Ayah amat terkejut dengan tindakan saya berhenti sekolah, tetapi dia tidak marah. Dia berikan saya wang RM50 sambil berkata, "ambil duit ni dan uruskan sendiri kamu nak bersekolah mana selepas ini". Itu cara ayah saya. Dia
jarang sekali marah.

Ayah dan bonda saya amat mudah memaafkan saya. Tidak kira apa sahaja karenah kami, mereka memaafkan kami seadanya. Mereka menerima kami sebagai anak-anak yang banyak kelemahan dan atas penerimaan itu, mereka mengasihi kami TANPA SYARAT.

Ayah dan bonda menerima saya atas segala yang ada pada diri ini. Saya taat atau degil, saya rajin dan saya culas, saya senyum atau saya menjerit, mereka menerima saya seadanya. Mereka terus menyayangi dan mengasihi saya tanpa syarat. Mereka tidak pernah memberitahu
saya bahawa semua kebaikan yang mereka buat selama ini, mesti dibalas apabila kami telah dewasa. Kami balas atau tidak, kami ingat atau lupa, tugas mereka hanyalah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, TANPA SYARAT.

Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang
terselindung di sebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.

Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, "bilalah orang tua ini nak mati!". Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.

Hati saya amat sedih melihat kaum Cina di KL berebut-rebut menghantar ibu dan bapa mereka ke wad kecemasan Hospital UKM sehari sebelum Tahun Baru Cina. Pesakit berumur 60 tahun (kalau tak silap saya) ke atas, rawatan di HUKM adalah percuma. Maka inilah cara
mudah mereka untuk get rid ibu bapa mereka di musim perayaan. Kalau hantar ke rumah orang tua-tua, mahal pulak bayarannya. Allah Allah….

Saya masih ingat dialog ayah tengah hari itu. Dia baru sahaja pulang dari menunaikan Haji.  "Abah kat Mekah doa apa, abah?", saya bertanya.  "Abah doa supaya Allah jangan panjangkan umur abah sampai nyanyuk. Takut anak-anak tak tahan. Takut kamu
jadi anak durhaka!", kata ayah saya sambil mata redupnya merenung saya yang terkelu lidah. "Abah, jangan cakap macam tu…", saya sebak dan hanya mampu membiarkan air mata kering di pipi. Ayah pergi meninggalkan kami pada malam hari lahir saya yang
ke-17, hanya setahun lebih selepas perbualan kami itu.

Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.

Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan
tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.

Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat…

NAMUN…
Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada saya? Siapakah saya untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa saya sedar saya
banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Aku ingat kepada-Mu, dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat!

Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah.

Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari saya dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung. Setelah pulang ke Malaysia, saya masih belum dapat menjaganya di depan mata.

Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?

Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.

Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT. Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang al-Wahhab dari Ustaz Kariman dan ia menambah hiba di hati saya.

Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:

(1) Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah
limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.

(2) Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba
dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.

(3) Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah
itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang
diberi tanpa diminta.

(4) Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu
maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada
jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.

(5) Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar
kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.

Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah
mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".

Istimewanya Wanita

Saturday, September 23rd, 2006
Mulianya seorang isteri disisi Allah…
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak.
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai
isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan… jadi ‘kilang ‘ manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh…
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktutu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid..
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah
agar tidak derhaka denganNya.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

Just another interesting story

Saturday, September 23rd, 2006

Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh
harapan,

harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu
diketuk

dan salam diberi Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab

salam.

Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap

kepalanya. Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan

tersenyum

simpul. Tetapi tiada pada petang ini. Kita pun terus ke bilik study

untuk

meletakkan brief case kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita

terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu.

Kita pun bertanya, "Sakit ke?"…Isteri kita diam aje dengan wajah
yang

menggambarkan dia memang sakit. Kita pun terus ke dapur bancuh minuman

sendiri dan dan minum depan TV. Lima minit kemudian isteri kita turun

dan

terus ke dapur menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak

dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik

study

sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau

cuci

kereta. Dalam hati kita berkata,’isteri tu taklah teruk sangat
sakitnya,

sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur’.

Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata.

"Alhamdulillah, Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa

doktor dan ambil ubat. Badan ni tak larat nak bangun. nanti dia naik
ke

bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik."

Abang pun tanya, "Sakit ke?" Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak
orang

tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli
aje..tengok

TV pulak…sepatutnya ajaklah ke klinik……" Sambil turun ke dapur

hatinya berkata, "Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang

sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia. Menyampah..nanti

kita dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke

klinik." Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit, untuk

berbakti pada anak-anaknya.

Suami-suami yang dimuliakan, isteri kita mempunyai jiwa ‘anak kecil’

apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih

lagi

"pening-pening-morning sickness".

Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi
sangat

besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka

sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta

diubati. Mereka tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebihpun, hanya

lebih sikit daripada doktor aje.

TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.

Kita kena jadi d oktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring
atau

duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus

mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah. . Bila tanya pada anak,

"Emak

mana?" Anak jawab, "Dalam bilik ". Maka kita hendaklah terus ke bilik

dengan beg brief case sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai

pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam - letaklah

tangan di dahinya atau tengkoknya.

Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita
tak

tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi

paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di

belakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang

doktor guna itu.

Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya.

Tanyalah

dia bila dia kena demam…dsb supaya dia luahkan penyakit psikologinya

dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke

klinik

agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbalui

untuk

di bawa ke klinik. Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya
dari

"doktor yang disayangi" ini. Tidak perlu lagi dari doktor perubatan
yang

lain.

Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ….."

Jika

ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya
telah

puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya itu.

Begitu juga kepada si ISTERI jika SUAMI anda sakit. .

Andai Perempuan Tahu Isi Hati Lelaki

Saturday, September 23rd, 2006

"Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu
sensitif dan mengambil berat (prihatin)

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak
semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan
kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai
wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya
samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu,
banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui
perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk
menambat hati wanita…

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap
wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita,
menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci
mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi
ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho
hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu
seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang
setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu
hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan
berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami
maksudnya.

Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari
sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila
perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan
dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu
keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa
perempuan bersikap begitu begini… Kadang2 lelaki
perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana
berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat
berjalan dengan lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan
‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada
seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya
kawan..:)

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu
menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak
sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu
indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki
juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya
kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki,
perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu
juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya
menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan.
Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir
dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air
mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun
rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan
janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki!
Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
"

Sumthing Happen For A Reason

Wednesday, September 20th, 2006

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling
penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang
aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi
kita sebagai manusia, jadi aku jawab, “Telinga, Bu.”
Jawab Ibuku, “Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah
memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti.”

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak
jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi,
kali ini aku mengatakan, “Bu, penglihatan sangat penting bagi
semua orang, jadi pastilah mata kita.”

Dia memandangku dan berkata, “Kamu belajar dengan cepat, tapi
jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta.”

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari
tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan
jawapannya selalu, “Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke
tahun, anakku.”

Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih.
Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana
itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku
memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat
tinggal pada datok.

Dia bertanya padaku, “Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh
yang paling penting, sayang?”

Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering
berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu,
“Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu
sudah benar-benar “hidup”. Untuk semua bahagian tubuh yang kamu
beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah
memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu
harus belajar pelajaran yang sangat penting.”

Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh
dengan airmata. Dia berkata, “Sayangku, bahagian tubuh yang paling
penting adalah bahumu.”

Aku bertanya, “Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?”
Ibu membalas, “Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala
seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.

Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk
menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan
teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila-
bila pun kamu memerlukannya.”

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak
menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati
terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.
Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.
Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.
Just because the past is painful, Doesn’t mean the future will be. So never let events from the past,
Change the events for future, or You will be miserable forever…

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya… Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa…