Suami bin Lelaki
> 17, Jalan Angkasa,
> 24300, Kemaman
> Terengganu.
>
> To :
> Isteri binti Perempuan
> 17, Jalan Angkasa
> 24300, Kemaman
> Terengganu.
>
> 31 Ogos 2006 Ref No: IGH/12/8/2006
>
> Puan,
>
> PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
>
> Perkara di atas adalah di rujuk.
>
> 2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
> melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
> kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3
> kekosongan, eloklah
> jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu
> kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
> merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
> tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama
> kita
> di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di
> isi di
> masa akan datang.
>
> 3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama
> saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis,
> terpaksalah saya
> tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk
> mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan
> kesemua
> duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang
> telah
> hilang selama ini.
>
> 4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
> menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini
> hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat
> menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah
> besar. Kereta besar, rumah
> besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti
> gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat
> kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
>
> 5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan
> ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki
> sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di
> perkenalkan iaitu 1 hari
> kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan
> ditampung
> oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat
> yang
> bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan
> memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus
> kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
>
> 6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan
> terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan
> permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi
> kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya
> ini di balas dengan senyuman
> penuh keikhlasan dari pihak puan dan kedatangan puan di atas kertas yang
> saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan
> senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk
> melakukannya.
>
> 7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah
> senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi
> kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang
> sama dengan masa kini.
> Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang
> lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
> kali
> ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh
> saya
> sepenuhnya.
>
> 8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
> mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
> melaksanakan program ini dengan jayanya.
>
> Sekian, Terima Kasih.
>
> "BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
>
>
> Yang Ikhlas Memohon,
> Suami bin Lelaki
>
> Nota :
>
> En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan
> Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana?
> Guna pisau
> boleh bang..?". Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia
> didraf
> ini kepada isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat
> pengirim
> dan penerima. Kalau anda berani cubalah…. ahaks!