Archive for June, 2006

Wednesday, June 28th, 2006

Demi Waktu

Artist: Ungu
Aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
Yang kini hadir diantara kita
Namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu
Yang slama ini temani hidupku

Maafkan aku menduakan cintamu
Berat rasa hatiku tinggalkan dirinya
Dan demi waktu yang bergulir di sampingmu
Maafkanlah diriku sepenuh hatimu
Seandainya bila ku bisa memilih

Kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya
Mungkin semua tak kan seperti ini
Dirimu dan dirinya kini ada di hatiku
Membawa aku dalam kehancuran

To Those Who Are Leaving…

Wednesday, June 28th, 2006

Actually, I’ve got this from my fren at Celcom, William..he was so upset when I’ve informed him tht I’ll be leaving to other company next month…and suprisingly, he wrote sumthing for me and send to our Celcom webmail..I’m so ‘terharu’ for tht..being so appreciated..and I asked him, "why U’re so emosional? I’m leaving for a better offer of course..n i promise not to forget u" (",)..then he reply.."of coz I know tht..but I feel so sad coz it’s difficult to get a nice fren like u"..wahh! rasa kembang sekejap :p eheh..i said.."ya lah..but i’ve to do so..thts my future..n i’ve been waiting for 2 years to make tht dream comes true..i m sorry..but we r still frenz rite?.."

Then, he blanja me for a lunch tht day :p tenkiu..

Well, I know him since our first day of training..even he is much younger than me..but he is more adult than me..you can talk about everything with him..i gelarkan dia as a professor coz he knows everything..n of coz he’s a brilliant..finished his degree at 20yrs old..what a impressed!!At the first time when i introduced myself tht my last job as a statistics officer, he is the one n only who interested about tht..coz everyone will get bored with stats..i know tht..

Even, he asked me if i interested to join him as a statistician if he set up his own company in future..what a pleasure :) then i reply.."it’s depends..i’m not too brilliant to be a statistician..there’s too many years i’ve to learn and experience the job..just wait n see yea..anyway, thanx so much for your offer, william..n all the best"

So, it’s my pleasure to share with you all what his opinion about leaving the job..take it as a motivation..

To those who are leaving…

There are reasons for each of us to leave, in essence the reason is therefore much or less decided on a standalone basis. There are those who leave for the sole purpose of nothing, maybe they felt that the job is nothing less menial compared to others out there. True that there are redundancies of positions out there, and each job has their own scope defined and measured; but each one of them require the applicant to discharge their task in well mannered way or in other words, performing beyond the predefined threshold. All of us climbs up ladder by ladder, the structured studies that we endured through. So, why leave when you haven’t even tried yourself out and adapt to different environment in diverse places.

I’ve met with people from around places and really wished that those who are picky in their jobs to at least fulfill what is obliged to do before leaving untold. And for those who are leaving for better vacancies or offers, I really do, with all my best wishes; bestow and by all means, to remember and cherish those who had contributed to themselves and the workplace.

Your dearest friend,

William

P.S. : dedicated to Wati

Drp sesuatu utk sesuatu…

Monday, June 26th, 2006

Jika kamu memancing ikan….
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu
mengambil terus ikan itu….
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
air begitu sahaja….
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya….
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja….
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu….

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu….
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula….
akhirnya ia dibuang….
sedangkan jika ka mu cuba membaikinya mungkin ia masih
boleh digunakan lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa….
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan…..
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandin gkannya dengan
yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi
milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal…..

J.O.D.O.H

Monday, June 26th, 2006

Well, I’ve got this from 1 of my frenz..just want to share wif you all..may be u’ll get something from there.. (",)

esp. kpd puak2 yg sewaktu dgnnya, harap lepas baca artikel ni jgn tension lagi…. bukalah lorong2 yg sempit tu, supaya mudah org nak lalu dan sampai…he he he semoga Allah memberkati kita hendaknya…..

Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
"Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal  jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman." Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka,aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih  tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli  dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tmp yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.  Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.

Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.

Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan
dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Ok x article nie. Biler org tension2 org slalu baca….So, pasnie jgn sedey2 lg ekk. Biler dh ader peluang dpn mata, tryla bukak pintu hati tu utk org lain….biarla kiter jmpa Mr.Right yg syg kite, lebih dr kite syg dia. Kite same2 doa ye….Amin….